Sekolah Satu Aliran: Berita, Basi atau Belenggu ?!
Berita Basi Masih Dijadikan Hidangan ?!
… atas nama perpaduan, segala-galanya atas alasan yang mulia ini, dan juga yang terbaru, 1Malaysia. Saya tidak menolak idea ini.
Walhal ini kurang tetap, kita tidak boleh membenarkan fikiran membelenggukan kemajuan kita.
Sudah tentu ada mereka yang kurang faham tentang sejarah dan asal usul pendidikan masyarakat Cina akan berasa kaum ni degil sangat, apatah lagi mereka ni imigren atau pendatang ?!
Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) tidak menggoyangkan langsung sistem pentadbiran atau sistem nilai negara.
Walhal ia membantu negara dalam proses membina human capital. SJK(C) diserap dalam dasar pendidikan negara.
Jangan lupa pelajar bukan Cina di SJK(C) makin tahun makin meningkat. Ini merupakan satu Fakta.
Sehingga hari ini, lebih daripada 60,000 pelajar bukan Cina menuntut di SJK, iaitu 10% daripada jumlah pelajar SJK(C). Kebanykan daripada mereka terdiri daripada kaum Melayu.
Ini bukan kali pertama Utusan membangkitan isu yang dianggap basi ini, apakah lagi menjadikannya Frontpage Story!

Tetapi, ini kali pertama saya menggunakan Bahasa Malaysia dalam blog saya sejak ia dimulakan pada bulan August 2007.
Tujuan Bahasa Kebangsaan digunakan adalah untuk membolehkan lebih ramai pembaca mengetahui fikiran dan pandangan saya.
Alasannya mudah, saya rasa terpanggil untuk menjawab atau sekurang-kurangnya membalas berita basi ini.
Basi, kerana tidak baru, sudah tua. Memang sekolah satu aliran, bukan berita baru.

Saya ingin membantah sekeras-kerasnya tuduhan, SJK(C) adalah tempat penyebaran ideology yang menganggu perpaduan kaum seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah pihak.
SK tidak menjadi pilihan utama masyarakat Cina ada sebabnya, kerajaan telah pun mengakui hakikatnya.
Jangan lupa 90% pelajar rendah SKJ(C) melanjutkan pelajaran di sekolah menengah kebangsaan.
Saya tidak berniat timbulkan isu MRSM dan UITM… kerana ia ada konteks sejarah dan asal usul sendiri. Begitu juga dengan SKJ(C).
Mempertahankan bahasa ibunda merupakan sesuatu yang mulia, atau boleh dipanggil Jihad, jika tidak keterlaluan.
Bahasa Jiwa Bangsa, mempertahankan bahasa ibunda selari dengan semua kepercayaan kaum dan juga Piagam Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, UDHR (OHCHR merupakan pejabat hak asasi manusia PBB).
Ini bukannya sandiwara politik atau debat perkauman. Ketepikanlah pendapat politik pandangan perkauman masing-masing.
Perkara 26, UDHR (versi Bahasa Malaysia) .
- Setiap orang adalah berhak kepada pelajaran. Pelajaran hendaklah diberikan percuma, sekurang-kurangnya pada peringkat awal dan asasnya. Pelajaran peringkat awal hendaklah diwajibkan. Pelajaran teknikal serta profesional hendaklah disediakan untuk umum dan pelajaran tinggi hendaklah mempunyai akses yang samarata kepada semua orang atas dasar kebolehan.
- Pelajaran hendaklah ditujukan kepada perkembangan sepenuhnya keperibadian manusia dan ke arah memperkukuhkan lagi rasa hormat bagi hak-hak dan kebebasan asasi manusia, lanya hendaklah memupuk persefahaman, kesabaran dan persahabatan di kalangan semua negara, bangsa atau kumpulan-kumpulan ugama, dan hendaklah memajukan segala kegiatan Bangsa-Bangsa Bersatu demi memelihara keamanan.
- Ibu-bapa mempunyai hak terdahulu untuk memilih jenis pelajaran yang akan diberikan kepada anak-anak mereka.
Bulan May, blogger Kijangmas (Demi Negara) melancarkan kempen “Satu Sekolah Untuk Semua; Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara”, tujuannya untuk mewujudkan ”Semua Satu” bagi melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu-padu pada masa depan.
Saya pernah menulis isu ini pada bulan May juga dalam blog saya tetapi article dalam Bahasa Mandarin.
Saya masih ingat pada 21hb May, saya ditugaskan mengikut program TPM TS Muhyiddin, yakni Perasmikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Ke-51 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
TPM merangkap Menteri pelajaran TS Muhyiddin berkata kerajaan belum berhasrat wujud Satu Sekolah Untuk Semua kerana Dasar Pelajaran Kebangsaan sedia ada yang diguna pakai sekarang telah lengkap.
Menurat sedutan laporan 22hb May Utusan (ya, Utusan), TPM berkata dasar berkenaan yang telah digunakan sejak puluhan tahun lalu telah mengambil kira pelbagai perbezaan masyarakat majmuk di negara ini mengikut keluhuran Perlembagaan Persekutuan.
“Cadangan Satu Sekolah Untuk Semua tidak salah tetapi mereka juga harus faham bahawa dasar pelajaran itu telah lama tersedia dan diguna pakai berdasarkan pada falsafah pendidikan negara yang memacu dan memandu generasi lalu dan anak- anak kita.”
“Jadi selagi dasar itu masih wujud, maka kita gunakanlah kecualilah ada pihak tertentu yang bercadang untuk mengubahnya, itu perkara lain,”
29 hb Nov, Utusan melaporkan bahawa “Sokong sekolah satu aliran”. Ringkasannya…
Saranan tokoh akademik, Prof. Emeritus TS Dr. Khoo Kay Kim supaya kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan perpaduan antara kaum tercapai, disepakati Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.
Mereka bersetuju bahawa perpaduan antara kaum harus menjadi matlamat utama kerajaan dan usaha mewujudkan sekolah satu aliran mungkin boleh menjadi titik tolak ke arah itu.
Hamim Samuri (BN-Ledang) berkata, sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran sekarang tidak akan membantu kerajaan menyatupadukan rakyat apatah lagi untuk menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia.
Datuk Abd. Halim Abd. Rahman (Pas-Pengkalan Chepa) yang bersetuju dengan Hamim pula berkata, hasil pengamatan dan kajian yang dibuat telah mendapati sistem pendidikan sekarang tidak ada titik pertemuan.
Suara Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dalam hal ini senada apabila beliau bersetuju sekolah satu aliran diwujudkan di peringkat sekolah menengah supaya matlamat perpaduan dicapai.
Bagaimanapun, beliau berkata, pelajar Melayu yang bijak dan ditempatkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) perlu juga disatukan di sekolah menengah.
Katanya, ia membolehkan kebijaksanaan pelajar MRSM dapat dikongsi bersama dengan pelajar lain.
Menurut Kay Kim dalam ceramahnya sekolah pelbagai aliran sekarang merupakan sistem peninggalan penjajah yang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu.
“Sistem pendidikan sekarang tidak memerlukan sekolah pelbagai aliran kerana bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di dalam bilik darjah”
Sehari selepas laporan Utusan, menurut BERNAMA Muhyiddin berkata demikian…
Muyhiddin Wants More Discussions On Single Stream Education System
Although he agreed with the single stream arrangement, the country’s education system had taken the path of a multiple stream system.
“A single stream system has been the ultimate objective of the Razak Report but due to circumstances in the country’s history, we now have a multiple stream system.”
“This is a huge issue and it is better that we discuss it extensively so that we can have a clearer picture, including from the points of view of politicians and the people,”
He wants all parties to pursue discussions on the proposal for a single stream education system so that all views on the matter can be explored.
Atas nama perpaduan, segala-galanya atas alasan yang mulia ini, dan juga yang terbaru, 1Malaysia.
Walhal ini kurang tetap, kita tidak boleh membenarkan fikiran membelenggukan kemajuan kita, ia perlu diketepikan.
Pasti ramai akan bangkitkan kisah Penyata Pendidikan Razak, Barnes dan Rahman Talib pada 50an dan 60an.
Sudah tentu ada sebilangan yang kurang faham sejarah dan asal usul pendidikan masyarakat Cina akan berasa kaum ni degil sangat, apatah lagi mereka ni imigren atau pendatang ?!
Saya tidak berhasrat nak cerita panjang lebar mengenai sejarah ini. Bagi yang minat sila tinggalkan email, saya akan balas dalam email.
Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) tidak menggoyang langsung sistem negara.
Walhal ia membantu negara dalam proses membina human capital. SJK(C) diserap dalam dasar pendidikan negara.
Jangan lupa pelajar bukan Cina di SJK(C) makin tahun makin meningkat. Ini merupakan satu FAKTA.
Sehingga hari ini, lebih daripada 60,000 pelajar bukan Cina menuntut di SJK, iaitu 10% daripada jumlah pelajar SJK(C).
Saya ingin membantah sekeras-kerasnya tuduhan, SJK(C) adalah tempat penyebaran ideology yang menganggu perpaduan kaum seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah pihak.
SK tidak menjadi pilihan utama masyarakat Cina ada sebabnya.
Jangan lupa 90% pelajar rendah SKJ(C) melanjutkan pelajaran di sekolah menengah kebangsaan.
Saya tidak berniat timbulkan isu MRSM atau UITM… kerana ia ada asal usulnya sendiri. Begitu juga dengan SKJ(C).
Mempertahankan bahasa ibunda merupakan sesuatu yang mulia, atau boleh dipanggil Jihad, jika tidak keterlaluan.
Bahasa Jiwa Bangsa, mempertahankan bahasa ibunda selari dengan semua kepercayaan kaum dan juga Piagam Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).
Ini bukannya sandiwara politik atau debat perkauman. Ketepikanlah pendapat politik pandangan perkauman masing-masing.
Biar kita merungkai isu ini dengan lebih rational dan bersifat ilmu, bukan dengan nada rhetoric dan penggunaan bahasa kesat.
Tulisan ini pasti akan mengundang banyak respond (positif dan negatif), sila menulis dengan cara bersopan kerana BUDI BAHASA BUDAYA KITA.
Sekian, terima kasih.
Penggunaan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN dalam komen. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran.
Sila nyatakan nama di penghujung komen jika anda menggunakan anonymous. Komen berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.




Memang bernas hujah-hujah anda, dengan adanya kokurikulum yang sama antara semua jenis sekolah, soal perpaduan tidak akan diketepikan oleh sekolah-sekolah pelbagai aliran, cuma bahasa pengantaraan sahaja yang berbeza, bahkan, dengan adanya sekolah kepelbagaian inilah, baru dapat menyediakan masyarakat yang boleh menyesuaikan diri dalam dunia tanpa tebing pada hari kelak.