好文章:寄居和外来人


Antara Pendatang & Penumpang

我从朋友转寄的电邮中发现这篇好文章,在此转载让大家细读;作者是Syed Imran,现居住在雪兰莪安邦。

他、我、安华、阿都拉,以及阿末依斯迈都来自槟城。他拥有阿拉伯和马来血统,曾在1971年至1998年在官方的《马新社》担任记者。尔后出任当时首相署部长莱斯雅丁(现任外交部长)的新闻秘书。

My Photo

2004年莱斯雅丁离开首相署,调往文化、艺术与文物部长后,他也离职不再担任新闻秘书。

以下是他在9月8日刊登在其部落格的文章,值得细嚼。

Antara Pendatang dan Penumpang 
Pada mulanya saya agak keberatan nak ulas kekecohan yang berpunca ekoran daripada kenyataan ketua UMNO bahagian Bukit Bendera, Pulau Pinang bernama Ahmad bin Ismail. Sama ada benar atau tidak apa yang didakwa dikatakan olehnya mengenai rakyat Malaysia keturunan Cina bukan persoalannya kerana isu tersebut sudahpun merebak dan mengapi-apikan keadaan.

Jika tidak ditangani dengan cermat, teliti dan bijak, isu itu boleh ditangguk dalam air yang keruh oleh anasir-anasir yang ingin melihat negara ini hancur serta mengundang campur tangan kuasa asing. Dalam zaman dunia tanpa sempadandan liputan meluas dan segera oleh media elektronik antarabangsa, apa yang berlaku di sesebuah negara itu tidak dapat disembunyi atau dinafikan.

Isu pokok yang dibangkitkan oleh Ahmad Ismail membabitkan persoalan “menumpang” iaitu rakyat Malaysia keturunan Cina adalah penumpang di negara ini. Beliau menjelaskan bahawa ia merujuk kepada zaman pra-Merdeka. Bagaimanapun, sensitiviti rakyat Malaysia keturunan Cina telah terguris.

Saya tidak mengenali secara peribadi Ahmad Ismail, tetapi kenal agak rapat dengan Allahyarham abangnya, Abdul Rahim Ismail, pemilik Syarikat PembinaanRahim yang pada satu ketika dahulu agak terkenal sebagai sebuah firma pembinaan Bumiputera yang unggul di Pulau Pinang. Saya tidak tahu apa dah jadi dengan syarikat itu selepas Abdul Rahim meninggal dunia.

Secara peribadi, saya tidak setuju dengan apa yang didakwa dikata oleh Ahmad Ismail atas beberapa sebab.

Bagi saya, hampir 90 peratus rakyat Malaysia, khususnya di Semenanjung, adalah pendatang dan kita semua sebenarnya menumpang hidup di bumi Allah. Kita bukan pemilik kekal tetapi hanya menumpang.

Sebagai contoh, saya sendiri adalah keturunan pendatang yang menumpang hidup di bumi bertuah ini. Datuk nenek di sebelah bapa saya berhijrah dari Makkah dan dari Brunei ke sini manakala di sebelah ibu pula dari Hadhramut, Yaman. Kami adalah pendatang dan penumpang sama seperti hampir semua penduduk negara ini khususnya di Pulau Pinang.

Bagi Ahmad Ismail, dia juga datang dari keluarga pendatang dan menumpang hidup di negara ini. Ahmad Ismail tidak boleh menafikan hakikat bahawa datuk neneknya adalah pendatang dari India untuk menerokai penghidupan yang lebih baik dan selesa di bumi bertuah ini.

Perdana Menteri Abdullah bin Ahmad juga tergolong dalam kategori yang sama. Datuknya di sebelah ibu adalah pendatang dari wilayah Guandong, China. Pendek kata, datuk Pak Lah iaitu bapa Allahyarhamah Kailan bernama Hassan Salleh atau Hah Su Chiang adalah seorang pendatang. Beliau berhijrah ke Tanah Melayu dari wilayah Guandong (Kwantung) pada pertengahan abad ke-19 dan menetap di Bayan Lepas sebagai pekebun getah, pesawah padi dan kemudian saudagar intan berlian.

Najib Tun Razak, Timbalan PM juga berasal daripada keluarga pendatang iaitu dari Sulawesi, Indonesia atau lebih senang disebut orang Bugis manakala sepupunya Hishamudin Hussein tidak terlepas daripada darah keturunan Turki.

Datuk nenek mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamadjuga pendatang dari Kerala, India manakala ibu Almarhum Tunku Abul Rahman berasal dari negeri Siam (Thailand).

Kesultanan Melayu Melaka pun dibuka oleh orang pendatang dari Sumatra bernama Parameswara, seorang anak raja atau bangsawan beragama Hindu.

Dalam sejarah kesultanan Melayu, kita dapati ada yang ditubuh oleh pendatang dari Bugis dan ada pula dari Hadhramut selain dari Minangkabau.

Hampir semua orang Melayu di sini berasal dari luar Tanah Melayu tetapi diiktiraf sebagai “bangsa Melayu” oleh Perlembagaan Persekutuan. Kita adalah “Melayu mengikut takrifan Perlembagaan” iaitu beragama Islam, mengamalkan adat resam Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu. Malangnya, bahasa Melayu nampaknya dimatikan oleh orang Melayu (UMNO) sendiri apabila dinamakan sebagai bahasa Malaysia.

Oleh itu, orang Arab seperti Syed Hamid Albardan saya, orang Aceh seperti Sanusi Junid, orang India seperti Kader Sheikh Fadzir dan Nor Mohamed Yakcop, orang Bugis seperti Najib, orang Minang seperti Rais Yatim, orang Jawa seperti Mohamad Rahmatdan yang lain seperti dari Madura, Pulau Boyan, Siam, Burma, Yunnan (China) dan selatan Filipina dengan mudah boleh diiktirf sebagai “Melayu”.

Mereka diterima sebagai orang Melayu tidak kira sama ada mereka bertutur bahasa Melayu atau tidak di rumah umpamanya si Arab berbahasa Arab, si Jawa berbahasa Jawa dan si Minang berbahasa Minang atupun si Mamakberbahasa Tamil.

Bahasa-bahasa yang disebut itu bukan bahasa Melayu dan jika dilihat dari sudut Perlembagaan Persekutuan, tidak boleh diterima atau diiktiraf sebagai bangsa Melayu. Walau bagaimanapun, atas kepentingan dan faktor politik, semuanya diterima sebagai Melayu dan Bumiputera.

grey

Oleh itu, adalah tidak adil untuk menuding jari kepada orang Cina yang juga kaum pendatang sama seperti orang Arab, India, Aceh, Minang, Batak, Mandailing, Jawa, Madura mahupun Bugis, sebagai menumpang di negeri ini. Kita tidak boleh menafikan bahawa sebilangan besar datuk nenek orang Cina telah berhijrah ke negeri ini semasa Kesultanan Melayu Melaka, bahkan kesultanan-kesultanan terdahulu di Kedah mahupun Terengganu dan Kelantan serta semasa Francis Lightberjaya menipu Sultan Kedahuntuk menduduki Pulau Pinang pada 1786.

Kita adalah kaum pendatang yang menumpang hidup di negeri ini. Golongan yang boleh diiktiraf sebagai orang asal atau anak bumi tulen adalah mereka yang kita kenali sebagai Negrito, Jakun, Semang, Jahut, Orang Laut, Orang Darat, Senoi dan suku kaum masyarakat Asli lain yang masih menjadi penghuni belantara.

Kita tidak harus lupa akan sumbangan dan pengorbanan semua kaum dan suku kaum untuk membangunkan Malaysia sama ada dari sudut ekonomi, kemasyarakatan, keselamatan dan yang paling penting kesepakatan dan perpaduan. Semua orang yang kena dan seharusnya membayar cukai, berbuat demikian tanpa mengira kaum atau asal keturunan, sama ada pendatang atau penumpang.

Kita semua adalah rakyat Malaysia.

5条回应

  1. 可惜的就是,有这种思维的,太少了。

  2. Saya berasa bahawa tidak banyak rakyat Malaysia mengakui mereka adalah rakyat Malaysia bahkan mereka akan mengakui bahawa mereka adalah orang Melayu, orange Cina atau orange India di Malaysia.

    Bolehkah semua rakyat Malaysia menyebut diri-sendiri sebagai orang Malaysia? bolehkah orang Cina di Malaysia menyebut diri-sendiri sebagai orang Malaysia?

    Saya sebagai orang Cina, saya selalu sebut saya sendiri orang Cina (华人) atau orang Cina Malaysia (大马华人).

    Kenapa sebutan Cina (华人), Malayu atau India masih kekal dalam hati mereka walaupun mereka berlahir di Malaysia selepas kemerdekaan?

    Sebagai contoh Amerika, semua rakyat Amerika akan menyebut mereka sendiri sebagai orang Amerika bahkan nenek moyong mereka berasal dari German, England, France, Itali, China dan lain-lain, mereka berbangga sebagai rakyat Amerika.

    Nagara Malaysia disini mepunyai pentadbiran perbezaan perkauman yang berat sebelah diantara bumiputra dan bukan bumiputra, ini akan menimbul masalah perkauman.

    Sebagai sebuah negara demokrasi Malaysia hak keistimewaan bumiputra (土著特权), NEP (新经济政策) dan quota (固打制) mesi dihapuskan baru rakyat Malaysia dapat dibangunkan, kalau tidak saya percaya masalah perkauman akan terus timbul.

    Sekian terima kasih

  3. 知道或潛意識裡有這種思維的不少, 這也是個不可否認的事實, 大家的背景都嘛一樣,只是在利益面前, 連祖宗都不認吧了, 真是生”告”叉燒好過生他!!

  4. 阿末依斯迈算错数, 用屁股思考吧?

    他说话像放屁, 马华马青为什么要等到峇东埔补选之后才出声?

    安华够“姜”, 冷静的分析一下, 难道打入布城, 上台鸡奸, 难道不是明明在分裂赛夫的屁股吗? 阿末依斯迈来看一下, 唉呀!鹭喜几架嘟!

  5. 国民精神,我的马来西亚

    Semangat Rakyat Malaysia

发表评论

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / 更改 )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / 更改 )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / 更改 )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / 更改 )

Connecting to %s

%d 博主赞过: