Sekolah Satu Aliran: Berita, Basi atau Belenggu ?!


Berita Basi Masih Dijadikan Hidangan ?!

… atas nama perpaduan, segala-galanya atas alasan yang mulia ini, dan juga yang terbaru, 1Malaysia. Saya tidak menolak idea ini.

Walhal ini kurang tetap, kita tidak boleh membenarkan fikiran membelenggukan  kemajuan kita.

Sudah tentu ada mereka yang kurang faham tentang sejarah dan asal usul pendidikan masyarakat Cina akan berasa kaum ni degil sangat, apatah lagi mereka ni imigren atau pendatang ?!

Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC)  tidak menggoyangkan langsung sistem pentadbiran atau sistem nilai negara.

Walhal ia membantu negara dalam proses membina human capital. SJK(C) diserap dalam dasar pendidikan negara.

Jangan lupa pelajar bukan Cina di SJK(C) makin tahun makin meningkat. Ini merupakan satu Fakta.

Sehingga hari ini, lebih daripada 60,000 pelajar bukan Cina menuntut di SJK, iaitu 10% daripada jumlah pelajar SJK(C). Kebanykan daripada mereka terdiri daripada kaum Melayu.

Ini bukan kali pertama Utusan membangkitan isu yang dianggap basi ini, apakah lagi menjadikannya Frontpage Story!

sek 1 aliran

Tetapi, ini kali pertama saya menggunakan Bahasa Malaysia dalam blog saya sejak ia dimulakan pada bulan August 2007.

Tujuan Bahasa Kebangsaan digunakan adalah untuk membolehkan lebih ramai pembaca mengetahui fikiran dan pandangan saya.

Alasannya mudah, saya rasa terpanggil untuk menjawab atau sekurang-kurangnya membalas berita basi ini.

Basi, kerana tidak baru, sudah tua. Memang sekolah satu aliran, bukan berita baru.

blackhand

Saya ingin membantah sekeras-kerasnya tuduhan, SJK(C) adalah tempat penyebaran ideology yang menganggu perpaduan kaum seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah pihak.

SK tidak menjadi pilihan utama masyarakat Cina ada sebabnya, kerajaan telah pun mengakui hakikatnya. 

Jangan lupa 90% pelajar rendah SKJ(C) melanjutkan pelajaran di sekolah menengah kebangsaan.

Saya tidak berniat timbulkan isu MRSM dan UITM… kerana ia ada konteks sejarah dan asal usul sendiri. Begitu juga dengan SKJ(C).

Mempertahankan bahasa ibunda merupakan sesuatu yang mulia, atau boleh dipanggil Jihad, jika tidak keterlaluan.

Bahasa Jiwa Bangsa, mempertahankan bahasa ibunda selari dengan semua kepercayaan kaum dan juga Piagam Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, UDHR (OHCHR merupakan pejabat hak asasi manusia PBB).

Ini bukannya sandiwara politik atau debat perkauman. Ketepikanlah pendapat politik pandangan perkauman masing-masing.

Perkara 26, UDHR (versi Bahasa Malaysia) .

  1. Setiap orang adalah berhak kepada pelajaran. Pelajaran hendaklah diberikan percuma, sekurang-kurangnya pada peringkat awal dan asasnya. Pelajaran peringkat awal hendaklah diwajibkan. Pelajaran teknikal serta profesional hendaklah disediakan untuk umum dan pelajaran tinggi hendaklah mempunyai akses yang samarata kepada semua orang atas dasar kebolehan.
  2. Pelajaran hendaklah ditujukan kepada perkembangan sepenuhnya keperibadian manusia dan ke arah memperkukuhkan lagi rasa hormat bagi hak-hak dan kebebasan asasi manusia, lanya hendaklah memupuk persefahaman, kesabaran dan persahabatan di kalangan semua negara, bangsa atau kumpulan-kumpulan ugama, dan hendaklah memajukan segala kegiatan Bangsa-Bangsa Bersatu demi memelihara keamanan.
  3. Ibu-bapa mempunyai hak terdahulu untuk memilih jenis pelajaran yang akan diberikan kepada anak-anak mereka.

Bulan May, blogger Kijangmas (Demi Negara) melancarkan kempen “Satu Sekolah Untuk Semua; Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara”, tujuannya untuk mewujudkan “Semua Satu” bagi melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu-padu pada masa depan.

Saya pernah menulis isu ini pada bulan May juga dalam blog saya tetapi article dalam Bahasa Mandarin.

Saya masih ingat pada 21hb May, saya ditugaskan mengikut program TPM TS Muhyiddin, yakni Perasmikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Ke-51 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

TPM merangkap Menteri pelajaran TS Muhyiddin berkata kerajaan belum berhasrat wujud Satu Sekolah Untuk Semua kerana Dasar Pelajaran Kebangsaan sedia ada yang diguna pakai sekarang telah lengkap.

Menurat sedutan laporan 22hb May Utusan  (ya, Utusan), TPM berkata dasar berkenaan yang telah digunakan sejak puluhan tahun lalu telah mengambil kira pelbagai perbezaan masyarakat majmuk di negara ini mengikut keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

“Cadangan Satu Sekolah Untuk Semua tidak salah tetapi mereka juga harus faham bahawa dasar pelajaran itu telah lama tersedia dan diguna pakai berdasarkan pada falsafah pendidikan negara yang memacu dan memandu generasi lalu dan anak- anak kita.”

“Jadi selagi dasar itu masih wujud, maka kita gunakanlah kecualilah ada pihak tertentu yang bercadang untuk mengubahnya, itu perkara lain,”

29 hb Nov, Utusan melaporkan bahawa “Sokong sekolah satu aliran”. Ringkasannya…

Saranan tokoh akademik, Prof. Emeritus TS Dr. Khoo Kay Kim supaya kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan perpaduan antara kaum tercapai, disepakati Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

Mereka bersetuju bahawa perpaduan antara kaum harus menjadi matlamat utama kerajaan dan usaha mewujudkan sekolah satu aliran mungkin boleh menjadi titik tolak ke arah itu.

Hamim Samuri (BN-Ledang) berkata, sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran sekarang tidak akan membantu kerajaan menyatupadukan rakyat apatah lagi untuk menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia.

Datuk Abd. Halim Abd. Rahman (Pas-Pengkalan Chepa) yang bersetuju dengan Hamim pula berkata, hasil pengamatan dan kajian yang dibuat telah mendapati sistem pendidikan sekarang tidak ada titik pertemuan.

Suara Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dalam hal ini senada apabila beliau bersetuju sekolah satu aliran diwujudkan di peringkat sekolah menengah supaya matlamat perpaduan dicapai.

Bagaimanapun, beliau berkata, pelajar Melayu yang bijak dan ditempatkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) perlu juga disatukan di sekolah menengah.

Katanya, ia membolehkan kebijaksanaan pelajar MRSM dapat dikongsi bersama dengan pelajar lain.

Menurut Kay Kim dalam ceramahnya sekolah pelbagai aliran sekarang merupakan sistem peninggalan penjajah yang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu.

“Sistem pendidikan sekarang tidak memerlukan sekolah pelbagai aliran kerana bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di dalam bilik darjah”

Sehari selepas laporan Utusan, menurut BERNAMA Muhyiddin berkata demikian…

Muyhiddin Wants More Discussions On Single Stream Education System

muhyiddin-dec21

Although he agreed with the single stream arrangement, the country’s education system had taken the path of a multiple stream system.

“A single stream system has been the ultimate objective of the Razak Report but due to circumstances in the country’s history, we now have a multiple stream system.”

“This is a huge issue and it is better that we discuss it extensively so that we can have a clearer picture, including from the points of view of politicians and the people,”

He wants all parties to pursue discussions on the proposal for a single stream education system so that all views on the matter can be explored.

Atas nama perpaduan, segala-galanya atas alasan yang mulia ini, dan juga yang terbaru, 1Malaysia.

Walhal ini kurang tetap, kita tidak boleh membenarkan fikiran membelenggukan  kemajuan kita, ia perlu diketepikan.

Pasti ramai akan bangkitkan kisah Penyata Pendidikan Razak, Barnes dan Rahman Talib pada 50an dan 60an.

Sudah tentu ada sebilangan yang kurang faham sejarah dan asal usul pendidikan masyarakat Cina akan berasa kaum ni degil sangat, apatah lagi mereka ni imigren atau pendatang ?!

Saya tidak berhasrat nak cerita panjang lebar mengenai sejarah ini. Bagi yang minat sila tinggalkan email, saya akan balas dalam email.

Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC)  tidak menggoyang langsung sistem negara.

Walhal ia membantu negara dalam proses membina human capital. SJK(C) diserap dalam dasar pendidikan negara.

Jangan lupa pelajar bukan Cina di SJK(C) makin tahun makin meningkat. Ini merupakan satu FAKTA.

Sehingga hari ini, lebih daripada 60,000 pelajar bukan Cina menuntut di SJK, iaitu 10% daripada jumlah pelajar SJK(C).

Saya ingin membantah sekeras-kerasnya tuduhan, SJK(C) adalah tempat penyebaran ideology yang menganggu perpaduan kaum seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah pihak.

SK tidak menjadi pilihan utama masyarakat Cina ada sebabnya.

Jangan lupa 90% pelajar rendah SKJ(C) melanjutkan pelajaran di sekolah menengah kebangsaan.

Saya tidak berniat timbulkan isu MRSM atau UITM… kerana ia ada asal usulnya sendiri. Begitu juga dengan SKJ(C).

Mempertahankan bahasa ibunda merupakan sesuatu yang mulia, atau boleh dipanggil Jihad, jika tidak keterlaluan.

Bahasa Jiwa Bangsa, mempertahankan bahasa ibunda selari dengan semua kepercayaan kaum dan juga Piagam Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).

Ini bukannya sandiwara politik atau debat perkauman. Ketepikanlah pendapat politik pandangan perkauman masing-masing.

Biar kita merungkai isu ini dengan lebih rational dan bersifat ilmu, bukan dengan nada rhetoric dan penggunaan bahasa kesat.

Tulisan ini pasti akan mengundang banyak respond (positif dan negatif), sila menulis dengan cara bersopan kerana BUDI BAHASA BUDAYA KITA.

Sekian, terima kasih.

Penggunaan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN dalam komen. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran.

Sila nyatakan nama di penghujung komen jika anda menggunakan anonymous. Komen berunsur  fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.

4条回应

  1. Memang bernas hujah-hujah anda, dengan adanya kokurikulum yang sama antara semua jenis sekolah, soal perpaduan tidak akan diketepikan oleh sekolah-sekolah pelbagai aliran, cuma bahasa pengantaraan sahaja yang berbeza, bahkan, dengan adanya sekolah kepelbagaian inilah, baru dapat menyediakan masyarakat yang boleh menyesuaikan diri dalam dunia tanpa tebing pada hari kelak.

  2. LOL hypocrite is talking here!!!

  3. “… atas nama perpaduan, segala-galanya atas alasan yang mulia ini, dan juga yang terbaru, 1Malaysia. Saya tidak menolak idea ini.

    Walhal ini kurang tetap, kita tidak boleh membenarkan fikiran membelenggukan kemajuan kita.”

    Tolong terangkan apa yang saudara cuba sampaikan dengan ayat di atas? Saya kurang faham…

  4. Saya perturunkan disini Perlembagaan Persekutuan artikel 152 bersabit penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan negara Malaysia:
    Article 152
    1. The national language shall be the Malay language and shall be in such script as Parliament may by law provide: Provided that-
    * (a) no person shall be prohibited or prevented from using (otherwise than for official purposes), or from teaching or learning, any other language; and
    * (b) nothing in this Clause shall prejudice the right of the Federal Government or of any State Government to preserve and sustain the use and study of the language of any other community in the Federation

    Disini pula saya perturunkan Ikrar Rukunegara:

    Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

    1* Kepercayaan kepada Tuhan
    2* Kesetiaan kepada Raja dan Negara
    3* Keluhuran Perlembagaan
    4* Kedaulatan Undang-undang
    5* Kesopanan dan Kesusilaan

    Ternyata bahawa hujah2 yang anda berikan adalah tidak kukuh bahkan bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Hujah2 yang diberikan lebih menjurus kepada sentimen perkauman dan jauh lari dari apa yang telah termaktub didalam Perlembagaan.

    Perkara 3 Rukunegara adalah Keluhuran Perlembagaan.
    Nampak jelas bahawa anda juga tidak memahami tentang prinsip2 Rukunegara kerana mempunyai fikiran yang sempit.

    Kesempitan fikiran anda jelas dapat dilihat apabila membaca tulisan anda yang tidak punya asas2 kukuh untuk meneruskan sekolah vernacular. Anda berselindung kepada agenda yang bersifat perkauman kerana lebih mementingkan kaum anda hingga sanggup bukan saja mengingkari, bahkan juga menentang apa yang telah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara. Anda membelakangi hasrat serta kehendak Persekutuan untuk semua rakyat negara ini bercampur gaul dari awak persekolahan agar kita dapat menzahirkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu tanpa mengira bangsa atau agama.

    Fikirkan juga bahawa ada banyak lagi kaum2 lain dinegara ini seperti Benggali, Iban, Portugis dan lain2. Apa akan jadi jika kaum2 ini juga mahukan sekolah2 yang mempunyai bahawa pengantar didalam bahasa mereka, tidakkah akan lebeh memecahbelahkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum?

    Sila berikan satu Negara yang membenarkan rakyatnya untuk berbuat sesuatu yang mencabuli apa yang tertulis didalam Perlembagaan negara itu?

发表评论

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / 更改 )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / 更改 )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / 更改 )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / 更改 )

Connecting to %s

%d 博主赞过: